Pada 22 Disember 2022 (Khamis) telah berlangsung satu Sesi Penyerahan Buku Belanjawan Negeri Perak 2023 kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad.
Sesi penyerahan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak. Turut sama Yang Berhormat Dato’Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan para Pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri Perak.
Pada hari ini juga, Pembentangan Belanjawan 2023 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dalam Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan.