Sejarah Penubuhan
Anda Disini : Laman Utama > Pejabat Kewangan Negeri > Profil Jabatan > Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan Pejabat Kewangan Negeri Perak
(i)
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1948, Seksyen XXXVIc (1) memperuntukkan:
“Hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dan pelantikan bagi jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan“.

(ii)
Seksyen 2 (c) pula menetapkan “Pegawai Kewangan Negeri hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan Negeri“.
(iii)
Dengan peruntukan di atas, Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan telah diwujudkan dan bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal kewangan Negeri Perak berpandukan Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan.
(iii)
(iv)
Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan diketuai oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri dengan dibantu oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri, tiga orang Ketua Penolong Pegawai Kewangan, dua orang Penolong Pegawai Kewangan Negeri, 1 orang Penolong Bendahari, 1 orang Pegawai Sistem Maklumat dan lebih kurang 75 anggota kumpulan sokongan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Carta Organisasi Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.