Jumaat, 10 Januari 2023 - Telah berlangsung Sesi Taklimat Pengurusan Integriti dan Anti Rasuah kepada warga kerja Pejabat Kewangan Negeri Perak yang disampaikan oleh Tuan Huzairi Azmer bin Ramli, Penolong Penguasa SPRM Negeri Perak. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan penerangan tentang isu-isu rasuah dan ketirisan yang berlaku dalam sesebuah organisasi serta sebagai langkah pencegahan kepada semua warga kerja Pejabat Kewangan Negeri Perak supaya sentiasa berintegriti ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.