IPOH, 9 September 2021 - YB Pegawai Kewangan Negeri telah menerima kunjungan dari Pengarah Audit Negeri Perak, Cik Selwah Bt Hj Said bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Turut serta Timbalan Pegawai Kewangan Negeri serta pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri dan Jabatan Audit Negara Malaysia Negeri Perak.
Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk menyampaikan Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun 2020. Selain itu, perbincangan berkenaan penambahbaikan isu-isu perakaunan dan pengauditan turut dijalankan bertujuan menambahbaik pengurusan kewangan Kerajaan Negeri.