Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

Ucapan alu-aluan oleh Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin,Bendahari Negeri Perak
TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN AKHIR TAHUN 2025 KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

Bergambar

Ipoh, 13 Oktober 2025 (Isnin) – Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun 2025 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah diadakan di Hotel Casuarina @ Meru bermula jam 9.00 pagi.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan penyelarasan proses penutupan akaun di semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri, selain memastikan ketepatan serta ketelusan rekod kewangan bagi tahun semasa.

Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan penyediaan laporan kewangan akhir tahun yang lengkap dan teratur, di samping membantu pegawai mengenal pasti serta menyelesaikan isu atau kesilapan transaksi perakaunan sebelum tarikh penutupan akaun. Melalui taklimat ini juga, diharapkan tahap kecekapan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negeri dapat terus dipertingkatkan.

Taklimat telah dihadiri oleh YBhg. Bendahari Negeri, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, pegawai-pegawai kanan Pejabat Kewangan Negeri, serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) dari seluruh Negeri Perak.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan yang berintegriti dan berdisiplin, seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan pengurusan kewangan yang cekap, telus dan bertanggungjawab menjelang penutupan akaun tahun 2025.


 
MESYUARAT JAWATANKUASA MENINGKATKAN HASIL NEGERI (PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI) TAHUN 2025

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Mesy Hasil Gallery

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Meningkatkan Hasil Kerajaan Negeri Perak yang diadakan hari ini merupakan mesyuarat tahunan yang menjadi platform utama membincangkan isu-isu strategik berkaitan hasil di peringkat pengurusan tertinggi negeri.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak itu turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, serta ketua-ketua jabatan utama termasuk Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Unit Pelaburan, dan Ketua Unit Hasil.

Dalam mesyuarat tersebut, YAB Pengerusi menekankan kepentingan memastikan hala tuju gerak kerja hasil negeri terus seiring dengan dasar dan inisiatif di peringkat Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam memperkukuh pengurusan fiskal dan meningkatkan daya tahan ekonomi negeri.

Sehubungan itu, YAB Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jabatan pemungut hasil negeri, khususnya Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG), Pejabat Kewangan Negeri Perak, dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang merupakan penyumbang utama kepada hasil negeri.

Untuk rekod, kutipan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2024 berjumlah RM1.33 bilion, menunjukkan prestasi cemerlang hasil usaha gigih semua jabatan. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.4 bilion, iaitu peningkatan 12.7% berbanding sasaran tahun sebelumnya.

Sehingga 30 September 2025, kutipan hasil negeri telah mencapai RM1.01 bilion, bersamaan 71.9% daripada sasaran tahunan,“Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas pencapaian awal ini yang menyaksikan hasil negeri berjaya mencecah RM1 bilion sebelum 1 Oktober 2025,” ujar YAB Menteri Besar.

Dalam pada itu, Pejabat Kewangan Negeri kini sedang memuktamadkan anggaran hasil bagi tahun 2026 untuk dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Perak 2026 yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


YAB Menteri Besar Perak membuat rumusan pada akhir sesi Dialog Belanjawan.
Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2026: Platform Inklusif Himpun Pandangan Rakyat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Ipoh, 30 September 2025 – Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan usahasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan Institut Darul Ridzuan telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2026 bertempat di Kelab Golf Diraja Perak. Sesi bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan iaitu Dato’ Seri Saarani Mohamad telah dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Penganjuran dialog ini bertujuan mengumpul pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan, bagi memastikan Belanjawan Negeri Perak 2026 dirangka secara lebih inklusif, berfokus kepada kepentingan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, serta menyokong agenda pembangunan mampan.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya menegaskan bahawa dialog ini menjadi wadah penting dalam usaha memperkukuh prinsip keterbukaan dan ketelusan kerajaan negeri, di samping memastikan dasar kewangan negeri sejajar dengan aspirasi pembangunan Perak Sejahtera 2030 serta selari dengan agenda nasional Malaysia MADANI.


TAKLIMAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI BERKAITAN BELANJAWAN TAHUN 2026 NEGERI PERAK -  YAB. Menteri Besar Perak Pengerusikan Sesi Libat Urus Deraf Belanjawan Negeri 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Taklimat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) berkaitan Belanjawan Tahun 2026 Negeri Perak telah diadakan di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral hari ini.

Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, dengan tujuan untuk membentangkan deraf Belanjawan Negeri Perak Tahun 2026 serta mendapatkan pandangan dan input daripada YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sebelum pembentangan rasmi diadakan dalam Sidang Dewan Negeri Perak yang akan datang.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Penasihat Undang-undang Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, serta pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri, Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan serta UPEN.

Melalui sesi taklimat ini, Kerajaan Negeri Perak menekankan kepentingan perancangan belanjawan yang inklusif, berimpak tinggi dan berpaksikan kepada keperluan rakyat, sejajar dengan hasrat untuk memperkukuh ekonomi negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat Perak terus terpelihara sejajar dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.


Sesi Sign-off Simulasi Pemulihan Bencana iSPEKS
Simulasi Pemulihan Bencana Sistem iSPEKS Perak 2025

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

WhatsApp Image 2025 09 24 At 135530 A113fec4IPOH, 22–24 September 2025 –  Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Perak dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah berjaya melaksanakan Simulasi Pemulihan Bencana Sistem iSPEKS Perak 2025. Program ini dilaksanakan bagi menguji keberkesanan pelan tindakan pemulihan sistem iSPEKS  sekiranya berlaku insiden luar jangka.

Program dimulakan pada 22 September 2025 dengan Sesi Taklimat Simulasi yang diadakan di Kinta Riverfront, Ipoh. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Megat Amirul Zaini Jamalullail bin Megat Jamaluddin, disusuli dengan taklimat oleh Pn Anishah binti Abd Wahid, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Perunding JANM serta En Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Perunding JANM. Sesi ini dihadiri oleh pusat tanggungjawab yg menggunakan Sistem iSPEKS negeri Perak .

Pada 23 September 2025, program diteruskan dengan sesi simulasi integrasi bayaran dan terimaan di persekitaran pusat pemulihan bencana, manakala kemuncaknya pada 24 September 2025 menyaksikan simulasi penuh pemulihan bencana dengan penglibatan menyeluruh semua pusat tanggungjawab yang menggunakan Sistem iSPEKS Negeri Perak.

Simulasi bersepadu ini berjaya dilaksanakan dengan tempoh masa hanya 4 jam 23 minit, sekaligus membuktikan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan pasukan dalam memastikan kesinambungan operasi Sistem iSPEKS Negeri Perak.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sehingga menjayakan simulasi ini.


button_icon