Dimaklumkan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan Sistem ePerolehan Perak (ePPerak). Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk;
- Mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan perolehan.
- Meningkatkan ketelusan dan pematuhan kepada peraturan kewangan
- Mengurangkan penggunaan dokumen bercetak selaras dengan inisiatif hijau jabatan.
Sehubungan itu, semua syarikat yang berminat untuk menyertai sebut harga atau tender melalui sistem tersebut, perlu mendaftar dalam sistem ePPerak melalui alamat https://ep.perak.gov.my/
Sila klik di sini untuk mendapatkan manual pendaftaran syarikat.
