Majlis Perutusan dan Amanat Tahun Baru 2022 oleh YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri serta Sesi Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 & Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan (Integrity Pact) telah diadakan pada 7 Januari 2022 (Jumaat) bertempat di Bilik Makan Adun, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Melalui sesi amanat beliau, YB Dato’ mengingatkan warga kerja PKN supaya sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa, di samping sentiasa teguh dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, YB Dato’ juga mengingatkan supaya warga kerja PKN sentiasa mengutamakan integriti dalam pelaksanaan tugas.