Pada 28 Jun 2022 (Selasa) bertempat di Impiana Ballroom, Impiana Hotel, Ipoh telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Kewangan Negeri dan Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih bagi meraikan persaraan YB. Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Perak.
YB Dato’ telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama hampir 33 tahun dan telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri bermula dari 18 Disember 2019. YB. Dato’ dalam ucapan beliau menyatakan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja Pejabat Kewangan Negeri yang telah banyak membantu sepanjang perkhidmatan beliau di Pejabat Kewangan Negeri.
Majlis yang turut sama meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2021 bermula seawal jam 9.00 pagi turut dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai serta warga kerja Pejabat Kewangan Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada tujuh (7) orang penerima APC bagi tahun 2021.