Jumaat, 27 Januari 2023 - Telah berlangsung Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Program yang disertai seramai 95 orang warga kerja Pejabat Kewangan Negeri Perak ini telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Lafaz ikrar diketuai oleh YB Tuan Mohd Zaki Bin Mahyudin dan disaksikan oleh YBhg.Dato’ Hj. Mohd Fauzi bin Hj. Mohamad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak. Turut hadir, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Tuan Jaafar Bin Tajudin, Penguasa Hazirah Binti Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak dan pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Perak.
PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH PEJABAT KEWANGAN NEGERI PERAK
- Salina bt Mamat
- Pages
- Jumlah paparan: 13773