Pada 25 Ogos 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung Sesi Dialog Belanjawan Negeri Perak 2024. Sesi ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perak serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin telah membentangkan kedudukan kewangan disusuli pembentangan dari Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Puan Halizah binti Sipun berkenaan peruntukan pembangunan Negeri Perak .
Sesi dialog diteruskan selepas sesi pembentangan tersebut bagi mendapatkan cadangan, pandangan serta input berkaitan perancangan peruntukan bagi tahun 2024. Sesi ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Pejabat Kewangan Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.