Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman Portal MyGOV
W3C Disability Accessibility
Senarai Arkib Pekeliling Terkini Berita & Aktiviti Carta Organisasi Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Notis Terkini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Buku Belanjawan Tahunan

1.png

MESYUARAT  JAWATANKUASA BAYARAN PERKHIDMATAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KERANA PENGLIBATAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI DALAM MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2023 NEGERI PERAK

MESYUARAT JAWATANKUASA BAYARAN PERKHIDMATAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KERANA PENGLIBATAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI DALAM MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2023 NEGERI PERAK

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

IPOH 2 Julai 2024 (Selasa) :  Pejabat Kewangan Negeri Perak (PKN) telah mengurusetiakan Mesyuarat  Jawatankuasa Bayaran Perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri kerana penglibatan kakitangan kerajaan negeri dalam melaksanakan Projek-Projek Persekutuan bagi Tahun 2023 Negeri Perak yang telah dipengerusikan oleh YB. Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri;       Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak (ICU); wakil-wakil Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

YB Pegawai Kewangan Negeri telah memberikan penekanan terhadap kesegeraan pelaksanaan projek dalam merealisasikan agenda pembangunan di Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, ahli mesyuarat turut membincangkan berkaitan tuntutan bayaran perkhidmatan dalam melaksanakan Projek-Projek Persekutuan bagi Tahun 2023 Negeri Perak. Tuntutan Bayaran Perkhidmatan ini dibuat mengikut peruntukan Perkara 80(5) Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat ini merupakan satu platform untuk kompilasi, semakan dan perakuan permohonan bayaran perkhidmatan bagi tahun 2023 sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia.


button_icon