Satu program Taklimat Belanjawan 2021 Negeri Perak telah diadakan pada 15 Disember 2020 (Selasa) bertempat di Casuarina Convention Centre (CCC), Casuarina@Meru, Ipoh. Taklimat yang dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi itu bertujuan menyampaikan maklumat awal kepada semua peserta berkenaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021. Antara peserta yang hadir adalah kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil, Ketua-Ketua Jabatan serta turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak. Taklimat disampaikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri serta Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Perak.