IPOH, 6 Mei 2024 – YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin telah menyempurnakan sesi penyampaian Sijil Penghargaan Kecemerlangan di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Sesi penyampaian sijil ini melibatkan 10 Pusat Tanggungjawab yang telah berjaya mencapai 100% kutipan hasil utama negeri pada tahun 2023. Tahniah diucapkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), PDT Hilir Perak, PDT Batang Padang, PDT Bagan Datuk, PDT Hulu Perak, Pejabat Kewangan Negeri, PDT Muallim, PDT Larut,Matang dan Selama, PDT Kuala Kangsar dan Jabatan Perhutanan.
Terdahulu, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Prestasi Hasil Utama Negeri Perak Bil.1/2024.